26 October, 2009

KENANGAN ANAK KOTA : FAKTA FLAT PEKELILING

Oleh: Muhdlive
Warga kota ada saat yang tertinggal di bangunan ini.
Aku pernah menziarah rumah rakanku di salah sebuah flat ini. Hidup di Kuala Lumpur memerlukan kekuatan dan usaha yang gigih. Kini bangunan ini telah dikosongkan dan hanya tinggal kenangan suka duka kepada warga penghuni yang pernah melebarkan jalur kehidupan silam.
FAKTA FLAT PEKELILING

* Nama sebenar: Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman (TAR) mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama tetapi popular dengan nama Flat Pekeliling.

* Lokasi: Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berhampiran bulatan Pahang.

* Keluasan Kawasan: 14.96 hektar dengan 2,969 unit kediaman dan 40 unit rumah kedai.Dibina pada Januari 1969 - mempunyai tujuh blok 17 tingkat dan empat blok rumah kedai empat tingkat.

* Kos pembinaan: RM20.5 juta.

* Rumah pangsa ketiga di ibu negara selepas Rumah Pangsa Melati (1958) di persimpangan Jalan Shaw/ Loke Yew dan Perumahan Awam Razak Mansion (1962).

* Dilancarkan oleh Suruhanjaya Ibu Kota pada tahun 1967 dan sebahagian daripada rancangan perumahan kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah dan menempatkan semula setinggan di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1).

* Pada 1956 hingga 1971, Suruhanjaya Ibu Kota telah menawarkan kediaman kepada warga kota yang benar-benar terdesak seperti setinggan, penghuni kawasan sesak, mangsa-mangsa bencana alam dan menampung penghijrahan penduduk dari luar bandar yang semakin meningkat.

* Reka bentuknya tidak menarik dan tidak mempunyai nilai estetika manakala penekanan pada ciri-ciri keselesaan dan kesihatan seperti sistem aliran udara tidak diambil kira.

* Mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta keluasan ruang unit yang terhad. Umpamanya setiap unit hanya mempunyai sebuah bilik, tidak sesuai untuk mereka yang telah berkeluarga.

* Dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merangka rancangan ke arah penyediaan kawasan kediaman berkepadatan dan berkualiti tinggi.

* Pembangunan semula ke Perumahan Awam Sri Rampai 1 dan 11 di Setapak Jaya melibatkan 2,564 penghuni yang menyewa Flat Pekeliling dengan kadar sewa baru RM124 sebulan untuk tiga bilik (berbanding RM94 sebilik).

Untuk membaca kisah salah seorang warga penghuni sila klik

No comments:

Post a Comment