27 October, 2009

Restoran Four Happy Seasons






4HappySeasons Restaurant

No. 9, Jalan Wangsa Delima,
1A, Section 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +6 03-4142 7171
Fax: +6 03-4142 9480


-----Operation Hours -----
~ 12.00 noon to 12.30 midnight ~
-"Last Order 12.00am"-
Email: mailto:info@4happyseasons.com

Menu istimewa
Antara menu istimewa yang boleh dinikmati adalah ayam klasik homemade, udang mangga, sup sirip ikan yu, mi kari homemade dan nasi volcano.
Selain itu, menu lain adalah kentang bakar dengan ayam dan cendawan, gulungan sushi dengan sos wasabi, barbeku itik gaya China, nasi goreng Thai, spageti seafood panggang gaya Bali dan mi goreng istimewa Seasons.
Jika berkunjung ke sini, pastikan anda tidak ketinggalan mencuba seleksi minuman seperti calamansi, vanila yang dilapisi buah kiwi, mangga dan kacang merah serta air rose wintermelon.
Semua hidangan itu boleh dinikmati pada harga berpatutan. Contohnya untuk sajian tengah hari, restoran Four Happy Seasons menawarkan tiga jenis makanan pembuka selera ditambah dengan pencuci mulut, minuman dan makanan utama dengan harga bermula RM7.90 hingga RM15.90.
CHEF Shahzali menunjukkan seleksi hidangan istimewa dalam suasana musim luruh.
"Justeru, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pengunjung dapat merasakan suasana lima bintang pada harga tiga bintang sekiranya mereka berkunjung ke restoran ini," ujar Goh lagi sambil menambah pihaknya bercadang mewujudkan kad keahlian untuk pelanggan bagi membolehkan mereka mendapat pulangan istimewa jika mendaftar sebagai ahli.
Dalam pada itu, restoran itu juga mempunyai kapisiti untuk menyediakan tempahan makanan, kemudahan WiFi, bilik persidangan untuk mesyuarat atau majlis keraian.
Kesimpulannya, kunjungan kali pertama ke restoran itu bakal membuatkan anda ingin kembali ke sana buat kali kedua dan seterusnya.



RUANG dalam restoran dihias dengan tema yang unik dan penuh keselesaan
(Sumber Harian Kosmo)

No comments:

Post a Comment