Oleh: Muhdlive
BALAI Seni Lukis Negara (BSLN) dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea, Berjaya Times Square dan Majlis Kesenian Korea sedang mengadakan pameran Korea Contemporary Plastic Artists Association bermula 26 Oktober lalu hingga 13 November ini.
SAKSIKAN karya 15 pelukis Korea di Balai Seni Lukis Negara hingga 13 November ini.
Seramai 15 pelukis dari Korea terlibat dalam pameran yang julung kali diadakan ini. Pameran itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamarudin Siaraf. Turut hadir ialah Duta Korea ke Malaysia, Bong Ryull Yang serta tetamu kehormat yang lain.
Kepada anda yang menggemari kesenian kontemporari, jangan ketinggalan untuk mengunjungi BSLN bagi menyaksikan pameran tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.artgallery.gov.my atau hubungi talian 03-402 67000.

Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment