14 October, 2009

Berkelana Mencari Imam di Masjid Jamek


OLeh: Muhdlive
Keunikan Masjid Jamek masih berkekalan dari dulu sehingga sekarang. Kedudukannya yang dikelilingi sungai cukup damai dan tenang untuk beribadat. Gambar di bawah menunjukkan keaslian Masjid Jamek masih berkekalan hingga ke hari ini. Sewaktu belajar di UM dahulu, aku pernah menjadikan Masjid Jamek sebagai tempat aku menghafal nota kuliah, lari dari kebisingan rumah sewa di Pantai Dalam.


Info: Masjid penuh sejarah ini dibina pada 1909, dan merupakan masjid tertua di bandaraya ini. Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, iaitu tempat permulaan Kuala Lumpur.
Senibina ini mendapat inspirasi senibina Mogul, dari utara India dan ia dibuka secara rasminya sebagai Masjid Negara pada 1965.
Kini, terdapat sebuah masjid negara yang baru, Masjid Jamek masih menjadi sebuah masjid yang penting disebabkan lokasinya yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Lokasinya berdekatan pasaraya, pusat makanan dan kawasan perniagaan menjadikan ia kawasan yang sentiasa dikunjungi ramai. Malah, menjadi tarikan budaya yang memperkaya sejarah Malaysia.

No comments:

Post a Comment