26 November, 2009

Esok Hari Raya Aidil Adha: Ada Akhbar Percuma di Tol Jalan Duta & Plaza Sungai Besi


Oleh: Muhdlive
(Coretanku: Sewaktu ingin pulang ke kampung halaman, ada beberapa perkara yang memenatkan namun apabila sudah kerap kali berlaku - maka sudah jadi budaya apa bila ingin pulang ke kampung sebagai anak warga kota.
Hingga kini kesesakan setiap hari perayaan adalah satu kebudayaan. Bukan nama hari raya kalau tidak sesak di jalanan. Maka kita harus terima hakikat ini. Bayangkan ibu kota menjadi lumpuh dan senyap setiap kali ada perayaan terutamanya hari raya Aidilfitri. Semua warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Apa yang bestnya: ada barangan percuma dari mana-mana syarikat yang bermurah hati. Acap kali aku terima barangan tersebut. Kali ii khabarnya akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo akan diberikan pada pengguna yang melalui tol Sungai Besi dan Jalan Duta.)

No comments:

Post a Comment