Pernahkah lihat logo ini. Inilah yang menjaga kota Kuala Lumpur supaya terjamin kebersihan dan segala hal yang berkaitan dengan pentadbiran ibu kota Kuala Lumpur sebagai Gerbang Keindahan Malaysia.
Sampah O sampah,
Menunding jari adalah satu sikap yang mudah. Ramai manusia suka saling menuduh bila kawasan mulai kotor. Yang paling sedih bila "pakcik-pakcik" pekerja kutip sampah juga yang dipersalahkan. Hati mana tak tertahan dengan karenah sebahagian masyarakat yang tidak suka menjaga kebersihan. Apalah salahnya kita bantu mereka yang bekerja sebagai tukang sapu atau kutip sampah dengan membuang sampah dalam tong yang disediakan bukannya main campak sesuka hati walaupun tong sudah penuh.
Bagi mereka yang tinggal di taman perumahan pula - sila ikat plastik sampah dengan baik dan pasti plastik tidak bocor atau terkoyak, sekalipun plastik sampah dari rumah kita terkoyak, gantikan plastik lain sebelumm tinggal di pintu pagar di luar rumah. Senanglah hati pekerja tukang kutip sampah yang datang dengan lori yang sarat. Kesianilah tugas dan beban mereka yang begitu sukar dalam kerja yang sebegitu sukar namun mulianya tugas tersebut.
Amalkan cara kehidupan seharian yang bersih, jangan ada sikap "biar orang lain yang sapu atau kutip sampah kita".
No comments:
Post a Comment