Kalau mengunjungi ibu kota Kuala Lumpur, tidak lengkap tanpa bergambar di bangunan ini. Hampir setiap tahun di hadapan bangunan ini akan dijadikan tempat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Di hadapan bangunan ini terdapat Padang Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
No comments:
Post a Comment