08 October, 2009

Kenangan: Lelaki Ini Sering Kelihatan Di Central Maket

Oleh: Muhdlive

T. Alias Taib seorang penyiar mampan yang mempunyai hubungan yang erat dengan Pasar Seni. Banyak karya beliau terutamanya puisi telah dibukukannya. Menariknya ada satu sajak yang mungkin diperolehi dari pemerhatian beliau sepanjang hubungannya dengan Pasar Seni. Sajaknya Pasar Pengalaman cukup bermakna kepada dunia kepenyairan Malaysia. Sayangnya, beliau menghembuskan nafasnya pada 18.08.2004 selepas menunaikan solat Maghrib di rumahnya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Keakraban T. Alias Taib dengan Kuala Lumpur cukup menarik. Aku sering bersua dengan penyair mampan ini di Pasar Seni yang menyaksikan pertembungan ilham beliau dengan sajaknya.
Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).
Karya terbaru beliau untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo). Kumpulan puisi 'Pasar Pengalaman' terpilih untuk anugerah MASTERA
Lihat keindahan metofora pengucapan puisi T. Alias Taib:
Pandangan Dari Sebuah Terminal
T. Alias Taib, 1989

No comments:

Post a Comment