Oleh: MuhdlivePenghuni Kg Pantai Dalam, pengalaman paling berharga yang pernah kulalui. Kehimpitan manusia dengan ragam dan gelagat cukup mengajar erti kesungguhan dalam mencari kehidupan di sebuah ibu kota yang besar dan sibuk seperti Kuala Lumpur. Pantai Dalam terkenal dengan keriuhan manusia mencari variasi masakan. Justeru kehidupan waktu malam menghidup hingga ke awal pagi
Kedudukan Kg. Pantai Dalam tidak jauh dari pusat ibu kota Kuala Lumpur hanya lebih kurang 15 km.

Inilah hidangan ayam golek yang boleh didapati di gerai makanan sepanjang jalan di Pantai Dalam.

Suasana pasar malam di Kg Pantai Dalam yang sentiasa binggit dengan langkah-langkah manusia.

Pasar malam di Kg, Kerinchi bersebelahan dengan Kg Pantai Dalam.
Gerai waktu malam yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang diperlukan warga kota.
No comments:
Post a Comment