26 October, 2009

Program Laman Budaya Dataran Merdeka Akan Terus Diadakan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Laman Budaya Rakyat Kuala Lumpur anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan terus diadakan di Dataran Merdeka pada 24 dan 31 Okt serta 7 dan 14 Nov depan.Menurut kenyataan Jabatan Penerangan di sini Selasa Laman Budaya Rakyat itu bertujuan memberi peluang kepada pelancong memperoleh dan mengalami seni budaya tempatan selain memberi ruang kepada penggiat seni memaparkan karya dan memberi peluang kepada generasi muda menyertai aktiviti seni.Pameran dan jualan akan bermula dari pukul 4 petang hingga 10.30 malam manakala persembahan dan tayangan filem akan bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam, menurut kenyataan itu.Penganjuran program Laman Budaya Rakyat itu turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.Orang ramai dijemput mengunjungi Laman Budaya Rakyat itu bagi menyaksikan pelbagai demonstrasi dan persembahan, menonton filem dan dokumentari percuma di samping membeli-belah kraftangan dan lukisan.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment